Sunday, March 22, 2009

Air Bah

Di hari Ahad yang gelap,
Langit bagai kan runtuh,
Perjalanan terpaksa di batalkan,
Hingga ke hari esok nya..

Hari Isnin yang diharapkan indah,
Air kuning itu semakin naik,
Hinggalah ke paras pinggang,
Kenderaan tidak dapat melalui,
melainkan jika mempunyai bot,
Segala rancangan terpaksa dibatalkan.

Semua berharap pada Si Selasa,
Bangun pagi- pagi penuh harapan,
Kelihatan banyak kenderaan yang menuju ke hadapan,
Setibanya di sana, air kuning yang tenang masih di jalanan.

eh, sampat lagi si kawan ni, tersenyum..

Malang tidak berbau,
Lori terbalik kelihatan di hadapan,
Setinggi manakah air kuning itu?
Tiada yang tahu..
Orang lalu- lalang, berpatah balik..

Lori besar yang mencuba nasib,
Hmm..dapat juga ah...
Tetapi, air kuning itu masih menguasai,
Mengalah hanya kepada yang lebih besar dan tinggi..

Sesiapa yang berjaya, senyuman terukir di wajah..
Heh heh, hebatkan kereta i? ;p

Akhirnya datang lah HERO,
untuk menarik yang si kecil dan si pendek.

Tali diikat ketat,
Harap- harap tidak terlepas.

Pisang emas, di bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi di bawa mati.

Kenderaan yang datang, diberi laluan,

Kenderaan yang mau pergi pun, diberi laluan,

Bermula lah perjuangan mengharungi air kuning,

Melalui lori yang terbalik,

Lori terbalik jauh ditinggalkan,
Harap- harap, tiada masalah besar,

Jauh perjalanan, luas permandangan,
Banyak lagi yang perlu dilalui,

Jiwa berjuang hingga ke akhir garisan,
Memberi semangat kepada semua,

Akhirnya!! dapat juga..
Bangga lah konon,
TERIMA KASIH bagi HERO!
yeay..

(^,^)v
Gendang- gendut tali kecapi,
Kenyang perut senang hati.

2 comments:

Kris and Nadia said...

adui2.. :) ini dkt mana ni? limpas lumadan sda ka? astaga c memeng pya Myvi tu dpt limpas ka? :)

s.teo said...

memeng punya myvi teda di tempat kejadian..myvi dia selamat di KK..
tapi, semua mangsa banjir dilaporkan selamat..hehe..

wtf?